Monday, May 28, 2012

Batu Penghalang Seorang Blogger


Salam semua , lama xberceloteh di sini.Saya amat merindui untuk menulis.Idea memang nak mencoreng cerita kat blog ini tapi saya amat menunggu mood saya sendiri datang untuk menulis.Tapi akhirnya terbuka juga hati saya menulis apabila saya ada terbaca blog seorang rakan blogger.sape blogger tu?..adalah...

Terus terang bila nak tulis pon saya juga menunggu rakan lama saya update seperti Annfriendly.Ape cerita entah rakan blogger saya tu.Harap sihat saja.Bulan 4 yang lepas ada saya renew blog ini.Tak sanggup saya biarkan blog ini di ganggu admin dari Baitulbytes sebab tidak membayar cukai pintu tahunan kat depa..hehe.Jangan berkira sangat.Setiap tahun mesti dapat duit Nuffnang.So pakai jela duit tu.

Nak kata blog ni perfect,xdela.Tapi ubah suaiannya memenuhi cita rasa saya.Kalau diikutkan saya bukan belajar tinggi mana.Semuanya belajar sendiri kerana minat.Banyak saya bertanyakan dari orang.Sampaila giliran saya menjadi cikgu pula mengajar rakan2 saya.Tak sanggup saya kehilangan blog dan entrinya sebab saya rasa ada nilai sentimental bagi saya .

 Wahh ..pakai 'saya'2 plak yea..macam tak biasa pakai Mel.Mel memang buzy sangat tahun ni..mungkin entri ni adalah yang pertama untuk tahun ni.Sejak dapat tawaran kerja dekat penang ni.Saya banyak habiskan masa membaca dan yang terbaru ni Mel cuba nak asah balik bakat lama Mel iaitu melukis.Mel rasa seperti berdosa kerana Allah telah kurniakan bakat yang Mel ada Mel tidak memanfaatkan kerana itulah manusia diciptakan sebaik-baik kejadian yang bermaksud manusia inilah makhluk yang terbaik yang pernah Dia cipta.Tapi adakalanya kita perlu ada cara untuk menghargainya dan menghargainya tidak semestinya bergelek seperti Inul , kan?


masa terluang di habiskan dengan mengasah bakat lama

 Peluang pula tak semestinya ada pada kita.Ada masa kerja kita bukan hari2 xde kerja langsung.Ada masa satu hari layan facebook aje.Komitmen kerja amat penting untuk memastikan kualiti...hahaha..Macam blog juga, ada idea untuk ubah suai nak tulis.Bukan pakat copy paste dan sapuuu.. aje entri orang.Ikhlas nak menulis pon kene ada...xkanla nak tulis entri seks dan artis bogel je nak tarik trafik , kawan.

Masa kalau diikutkan...Mel sudah menulis blog sejak belajar di IPTS lagi.Sebab waktu kerja memang berbeza.Balik kerja mesti penat.Da penat kene layan anak bini pula ( ceh tak kawen lagi ).Hari minggu kene keluar jalan2 , xkan terperuk duk ketiak bini jugak hehe..mestila minda jangan bagi koshong- koshong macam lagu Najwa Latif tu.

Terima kasih kepada pembaca kerana masih mencuit2 blog ini dengan komen anda dan like di facebook.Kalaulah blog adalah sebuah kerjaya yang menguntungkan.Sudah pasti saya akan selalu update dan melayan anda.Dan kalaulah saya adalah bos dan banyak masa terluang mungkin saya rajin mencari idea2 yang fresh untuk dilkongsi.Imam Al-Ghazali pernah berkata “Kalau kamu bukan anak raja dan engkau bukan anak ulama besar, maka jadilah penulis”.
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails