Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Pawaka19

 mendapat kad raya dari rakan2 sekerja

 Salam Aidilfitri dan salam 1 Malaysia Merdeka.Hanya tinggal beberapa hari sahaja kita akan menjalani ibadah puasa.Bagaimana persiapan raya? kalau persiapan bagi Mel.Mel hanya menyambut ala kadar sahaja kerana pelbagai faktor.Mungkin korang akan lebih faham bile sudah menjadi anak bujang yang tiada mengharapkan saraan ibubapa lagi.

Hidup ini pasti berubah.Kalau dulu saya belajar enjoy dan boros sakan.Sekarang Mel perlu bekerja dan membayar kembali duit pinjaman.Itu adalah satu tanggungjawab bila kita sudah menjadi pemiutang.Hidup Mel juga bertambah sukar kerana masih mencari dan terkapai2 mencari pekerjaan tetap.Mungkin masih belom rezeki Mel.

Raya kali ini cukup berbeza sebab Mel berpuasa dalam alam pekerjaan.Apa yang seronok hari raya ini turut dikongsi dengan rakan sekerja perbagai bangsa.Mereka tidak lokek berbelanja memberi kad ucapan dan menghantar terus kepada pengirimnya .Rasa cukup berbeza dengan E-card raya dari facebook.Mungkin juga korang tidak percaya yang memberi kad raya itu berbangsa Nepal dan India ? menarik bukan? Barulah terasa Merdeka raya tahun ini.

Walaupon hari raya tidak bermakna lagi.Tapi Mel cukup berasa bersyukur.Kerana masih bernafas menjalani ibadah di bulan ramadhan ini , berbuka puasa bersama keluarga, memakan masakan emak yang best , meluangkan masa dengan kawan2 yang bercuti raya.

Aktiviti raya nanti Mel hanya merancang membuat jamuan kecil BBQ di Teluk Batik.Hanya kawan2 rapat saja di jemput.Insyallah kalau ada rezeki nak ajak ramai sikit tahun depan ( harap bukan cakap saje hehe ).Selain itu Mel teringin nak beraya di rumah rakan2 lama sekolah dahulu.Apa citer depa agaknya? Malu pula Mel masih di takuk yang lama.

Di sepanjang beberapa bulan ini Mel memohon maaf kerana tidak aktif meng'update' blog seperti yang dijanjikan.Mel beranggapan menulis ini macam kita bermain game tetris  (puzzles video game ), bila kita sudah ketinggalan blogwalkin blog kawan2 n informasi baru pon mencanak datang.Kita sudah hilang kawalan dan ketinggalan.Bila di satu tahap itu kita akan menulis blog hanya ikot mood sahaja.

Walau apepon terjadi.Mel akan cuba menhidupkan pawaka19.com kembali walaupon sedikit demi sedikit.Oleh tu , Mel mengucapkan selamat hari raya , mohon maaf sepanjang perkenalan ini.

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails