Saturday, June 4, 2011

Wanita Pemakan Sofa


Florida , US - " Makanan pelik-pelik , taik minyak taik itik , puteri mandi badak berendam , mata kucing mangga siam " ,  rangkap sebuah lagu lucu dari Jalil Hamid untuk Adele Edward berusia 31 tahun yang mengalami tabiat ketagihan memakan span sofa sejak dia berumur 11 tahun.

Menurut kata doktor penyakit ini lebih dikenali sebagai Pica iaitu tabiat mengenai nafsu makan memakan makanan yang tiada gizi nutrien khasiatnya contohnya memakan pasir , kaca , besi , dan span sofa ini.Nama Pica ini diambil dari negara Latin untuk seekor burung Murai yang dikatakan memakan apa sahaja yang ia nampak.Hehehe burung apa nak ? burung Murai ..Burung apa? buring Murai...ahh sudah-sudahlah tu.. ;p








Punca utama Adele mendapat penyakit Pica ini adalah Stress.Adele mengakui bahawa dalam kehidupannya yang paling sedih adalah ketika penceraian kedua ibu bapanya.Oleh kerana hilang kawalan diri.Sepupunya mengajak Adele menelan span sofa / bantal.Lama atau tidak , rupa-rupanya Adele telah mengamalkan tabiatnya ini selama 21 tahun.

Risiko yang dialami oleh Adele memang dasyat juga kerana dia pernah di masukan ke hospital kerana ususnya tersumbat teruk.Oleh kerana itu dia perlu di bedah untuk menyingkirkan span2 sofa itu.

Sebelom ini Adele pernah mencuba menghentikan tabiatnya iaitu dengan duduk di rumah kakaknya tetapi dia gagal.Oleh itu dia dengan tekadnya untuk berhenti , dia bersetuju untuk menerima rawatan terapi di California untuk kembali menjadi seperti manusia normal yang lain.

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails