Sunday, May 8, 2011

Minum Air Kencing Sebagai Alternatif Perubatan?


 Salam semua reader2 yang dirindui dan sering menanti entri2 Mel yang pelik dan penuh informasi.Buat masa sekarang ni Mel takla beberapa buzy.tapi Mel teringin sangat nak kongsi readers2 ngan sesuatu penemuan pelik berkaitan ngan bahan kumuhan manusia sendiri urin ataupon air kencing.

Urin atau cecair kotor yang disingkirkan oleh buah pinggang melalui proses penapisan dari darah atau cecair badan menjadi air kencing , seterusnya dikeluarkan melalui uretra  ( salur kencing ).

Selain dari itu juga urin ini saja bukan sekadar bahan kumuhan semata-mata tetapi turut mengandungi khasiat tersembunyi seperti mineral , vitamin ,enzim , hormon ,ammonia , antibodi ,antigen , alergen , garam dan neurien lain.

meminum urin bukan perkara baru dalam alternatif perubatan, malah ia telah diamalkan 5,000 tahun dahulu .diantaranya ialah 

1.Bekas Perdana Menteri India , Morajibhai Desai meneguk segelas urinnya tiap2 pagi untuk menyihatkan badannya dan amalannya ini dilakukan selama 35 tahun , bermula usianya 65 hingga ke 100 tahun.

2.Di China Selatan , gemar mencuci air kencing pada wajah bayi untuk melindungi sebarang alahan atau jangkitan penyakit.

3.Di Perancis , sarung kaki yang direndam dengan air kencing lalu diletakkan pada leher pesakit bagi melegakan radang tekak.

4.Di Rom Itali , menggunakan air kencing sebagai bahan kumur untuk memutihkan gigi dan peluntur baju.

5.Di Kuching Sarawak , Singoi Jaya dahulunya pernah jatuh dari pokok langsat.Lalu lepas kejadian itu ia tidak boleh berjalan.Selepas sahaja beliau nekad meminum air kencingnya sendiri, hasilnya beliau boleh bangun semula.

6.Dr .S Arai dari pengarah Fujisaki Institute di Hayashibara Biochemical Laboratories iaitu seorang peniliti terapi urin mendapati bahawa air kencing memang benar menyembuhkan penyakit kronik seperti kenser dan hepatitis.



Walaupon banyak keberkesanan bagi mereka yang cuba melakukan perubatan ini tetapi cara perubatan ini masih belum mendapat kesahihan secara sintifik berhubung dengan keberkesanannya kerana semua orang tahu air kencing adalah najis dan bahan kumuh yang tidak diperlukan dalam badan manusia.Adakah tidak mendatangkan sebarang kebaikan sekiranya meminumnya semula?.

p/s : Cuba kalau korang minum air suam pastu korang bacakan ayat2 suci . Insyaallah.Kun Fayakun ( jadi , maka jadilah ia ) .Semuanya dengan Izin Allah.

Intisari cerita ini datangnya dari majalah Infiniti keluaran Mei 2011.Untuk lebih lanjut sila dapatkan di kedai2 buku berdekatan.

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails