Thursday, October 28, 2010

Mak Aii! Berkahwin Dengan Diri Sendiri


Mak Aii..pawaka19 blog dah sinonim dengan Mak Aii! pulak didepannya.Mungkin menjadi trademark lepas ni.O.k lah , Mel dulu ada entri mengenai Mak Aii! Seorang lelaki berkahwin dengan anjing.Kali ini pula , ada seorang wanita ni berkahwin dengan dirinya sendiri.

Wanita ini bernama Chen Wei-yih  , yang berumur dalam lingkunan 30 dan akan melangsungkan perkahwinannya pada 6 november 2010 ini.Gadis Taiwan ini berkahwin dengan dirinya sendiri sebab dia tidak menjumpai pasangan yang sesuai dan ideal untuknya.Desperate sangat ke berkahwin dengan diri sendiri? , atau pon dia ni ada motif lain?.Kalau ikut hukum agama Islam kita sendiri , kalau nak berkahwin syaratnya mestilah ada lelaki dan ada perempuan.

Thursday, October 21, 2010

Si Penggila Dan Si buang Tebiat , Remi Gaillard


Prank atau lebih dikenali mengenakan orang untuk menghasilkan satu bahan lawak jenaka yang dimainkan oleh seseorang yang terpaksa menanggung malu dan penghinaan .Selain itu juga ia berdepan dengan tindak balas dan berjaga-jaga dari orang yang kene prank.Biasanya prank ni amat popular pada bulan april sebab pada bulan itu adalah sambutan hari april fool.

Orang yang popular melakukan ini lebih di kenali sebagai Remi Gaillard yang lahir pada 17 Februari 1975 di Montpelliar , Perancis.Beliau merupakan prankster dan pemain bola sepak palsu ,Perancis.Dia mendapat perhatian dari pihak media sejak dia menyamar sebagai pemain bola sepak Perancis pada tahun 2002 de coupe Perancis.Sejak dari itu , beliau popular dan muncul dalam kegiatan sukan , rancangan TV dan demonstrasi politik yang melanggar peraturan.

Sunday, October 17, 2010

Tutorial Meninggalkan Post Entry Terbaru Pada Komen ( Blogspot )


Salam semua , Biasanya orang akan menjejaki blog korang sudah pastinya akan meninggalkan komen.Tinggalkan komen takpe , tapi jangan lupa meletakkan jejak di setiap blogwalking korang.Yelah orang nak balas komen kat blog korang..jejak pon takde untuk feedback.

Lebih2 lagi Mel pakai aplikasi Disqus untuk komen blog.Moga2 korang jangan komen melalui guest.Sebab Mel tak dapat kesan. So Mel sarankan yang ada blog tu komenla sebagai open ID takpon kalau ada Twitter pon boleh.

Tutorial ni Mel dapat dari kawan blogger Mel , Nabilah dari blog APA KATA HATI atau link dia http://www.zafiranabilah.com/  yang sudah bertukar domain .Thanks untuk nabilah share ilmu pengetahuan macam ni.Tutorial pasal ni patutnya ada bahagian 2.Tapi cara lain.Bagi Mel , lagi mudah yang ni.

Thursday, October 14, 2010

Rumahku Dimasuki Biawak dan Nama Pelik Resort


12 Oktober 2010  - Rumahku Dimasuki Biawak

Oh kali ni Mel terkejut sikit.Entah mane datangnye biawak ni Mel pon tak tau..camana dia masuk dan boleh menerjah bilik mak Mel.Boleh memanjat tingkap seperti spiderman lagi.

So Mel , amik gambar sebelom bapak balik membuat tindakan.Nak membunuh kesian pula.Tapi biawak ni dalam ketegori cicak..memang patut dihukum bunuh sebab mengkhianati nabi.Tapi time nak membelasah makhluk Tuhan ni plak, cari-cari tak jumpa lak.

Bila nak buat aktiviti kat bilik mak tu macam sembahyang ke lepaking ke..dah mengelabah pulak , kurang senang dibuatnya ..terbayang-bayang kalau2 biawak tu duk kat kaki manja2 macam kucing..WTH punya biawak!!.Selagi tak jumpa tak tenang di buatnya.Mau telepon PERHILITAN ni..ada ganguan hidupan liar ni.

Monday, October 11, 2010

Kapal Terbang Yang Terbang Seperti Burung


Kanada -  Penuntut PhD dari  University of Toronto Institute for Aerospace Studies (UTIAS),  Todd Reichert akhirnya berjaya mencipta sebuah projek ornithopter iaitu sebuah kapal terbang yang boleh mengepakkan sayapnya seperti seekor burung tanpa mengunakan tenaga dari bahan api.

Ornithopter ini disokong sepenuhnya dari tenaga dari manusia.Manakala ia juga mengambil masa 19.3 saat untuk terbang di udara , dan merangkumi jarak 145 meter pada kelajuan rata-rata 25.6 km/j.Nama ornithopter itu diberi nama "Snowbird" yang beratnya hanya 94lb (42 kilogram) , mempunyai lebar sayap 105-kaki iaitu sama dengan sayap kapal terbang Boeing 737.

Saturday, October 9, 2010

Kini Saya Sudah Bergelar Graduan


7 /10 /2010 , Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) -Salam sejahtera para pembaca sekalian . Harap rakan2 blogger tidak tersinggung atas beberapa hari saya tak berblogging dan blogwalking ke blog korang semua.Sebab baru saja menjayakan hari bersejarah iaitu hari konvokesyen universiti di putrajaya.

Hari yang penting itu telah di jayakan dengan kehadiran dengan dua orang canselor iaitu Duli yang Maha Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Al- Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah  Al -Musta'in Billah dan Y.B Dato' Seri Haji Mohd Shafie Haji Afdal merangkap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Sunday, October 3, 2010

Aplikasi Percuma Telefon Bimbit


Biasanya kita akan membeli hanphone tp tau tau ape lagi kelebihannya , betol tak? tetapi anda tidak banyak explore apa lagi kelebihan yang ada dan ape lagi boleh di modifieldkan selain tukar casing dan pelbagainya.
Related Posts with Thumbnails