Friday, July 30, 2010

Tutorial Kongsi atau Embed Video Facebook ke Blog



Salam semua , atas permintaan saudari Nabilah ( http://zafiranabilah.blogspot.com/) iaitu rakan blogger Mel ingin belajar camana nak share/embed video ke blog dia.Bagi pendapat Mel , share video melalui facebook suatu medium yang boleh mendapat keuntungan iaitu:


1. Bila kita share sesuatu video mereka akan 'Like' sebagai fan korang ( kalau ada fan page facebook )
2. Bile mereka suka..mereka leh share di facebook dan orang lain akan share dan fan box facebook korang akan bertambah glamour.(sebab facebook laman sosial yang paling popular pada masa kini)
3. Bila mereka mengenal video itu adalah asal dari blog korang , mereka akan terus datang membaca perkembangan seterusnya di blog korang.
4. Kelajuan buffer video facebook lagi bagus dari youtube.(bagi pendapat mel)

Tuesday, July 27, 2010

Dark Vader ( Star Wars ) Merompak Bank


Siapa sangka pemakaian kostum yang nampak agak lucu dan aneh ni berupaya merompak sebuah bank.Ini benar-benar berlaku Chase Bank , New York Long Island.Dengan seorang diri selamba masuk ke bank dan pegawal keselamatan pun bagi lampu hijau sebab 'Dark Vader' ni tidak nampak mencurigakan malah mereka menganggap ini satu hiburan.

Biasanya Dark Vader ni dalam cerita yang kita selalu tengok iaitu Star Wars mengenakan pedang laser , tapi Dark Vader ni menggunakan sepucuk pistol untuk merompak.Saksi mengatakan ketinggian perompak ini adalah 6 kaki 2 inci,memakai topeng Dark Vader dan memakai jubah berwarna biru gelap.Memang aku rasa kagum keberanian Dark Vader ni. sebab gaya dia merompak macam citer Fulltime Killer Filem dari Hong kong tu.Dan sekarang identiti Dark Vader ini masih belum di kenal pasti dan polis masih mencari penjenayah dikehendaki ini


Friday, July 23, 2010

Review Filem Tekken (2010) : Survival Is No Game



Salam semua..terus terang Mel meminati game berunsur fighting.Biasanya mel akan melayan game seperti King of Fighter dari perbagai versi , Street Fighter dari versi konsole klasik game (nintendo) hingga yang terbaru , Mortal combat dan banyak jugak koleksi game ni.Tidak lupa juga Mel juga layanz game Tekken ni.Memang layan skill dia.

jin kazama , Hworang dan Eddy Gordo

Biasa Mel suka karekter Hworang dengan kungfu kaki dan Eddy Gordo dengan pencak capoeira dia..Kalau amik Jin Kazama ni  tak berapa pandai dengan skill dia.Sebab Jin ni banyak main tangan..dan skill dia sama sikit dengan datuk dia Heihachi Mishima.

O.Klah kali ni Tekken sudah di 'moviekan' dan bukan lagi kita duk layan game :D .Pengarah dia dari pengarah asal anacondas tu..kiranya dia pakarlah dalam aksi ngeri ni.Ape-apepun bak kata orang kita tengok dulu nanti..entah best ke tidak.Karang kalau Mel kata best, tak best lak nanti bagi korang.Kata orang rambut sama hitam , hati warna kuning kan :p

Monday, July 19, 2010

Teknologi Night Vision Pada Kereta Masa Kini.


Salam pada semua readers-readers Pawaka19. Harap korang tak jemu-jemu bertandang melepak membaca informasi yang disajikan untuk semua pembaca...saji? paiseh macam blog masakan pulak.

Kali ini Mel bercerita pula mengenai teknologi kereta yang terbaru.Anda mungkin faham apa itu 'night vision' ..yang biasa digunakan teknologi ketenteraan untuk melihat pada waktu malam dan kawasan yang gelap.Kali ini teknologi ini diserap kepada pengangkutan awam pula.pssst..sape2 yang gemar main game Splinter Cell mungkin korang lebih faham apa itu night vision.

Melalut ke game plak hehe..kali ni Mel nak review dari kereta BMW pasal night vision ni..sebab Mel cari-cari maklumat dan gambar,ini saje yang ada.Sebenarnya kereta lain ada jugak pakai teknologi ini seperti Lexus , Mercedes , Toyota , Audi , Cardillac dan Honda.

Thursday, July 15, 2010

Mak Aii! Kerusi Tajam Yang Kedekut



Salam semua..kali ni Mel nak review mengenai sebuah kerusi yang mengerikan dan membuatkan korang berjaga-jaga dengan punggung korang bila duduk di kerusi maut ni.Ia direka dengan simple dan ia berfungsi bila anda membayarnya barula korang boleh duduk.Anda dikenakan bayaran 0.50 euro (RM 2.04) dan masa di beri , Mel tidak ketahui..wallahualam..

Tempat duduk yang malang ini dicipta oleh Fabian Brunsing.Terus terang Mel cakap, kerusi ni useless dan tak masuk akal.sebab ape? orang tu duk melepak untuk membaca , tapi nak duduk dikenakan bayaran..oh man!!...tanpa melengah lagi..Mel perkenalkan kerusi Malang ini..

Friday, July 9, 2010

Negara Jutawan Fakir Yang Sebenar


Pernah tengok cerita Jutawan Fakir yang dilakon oleh Saiful Apek degan Kuman KU2 dan Waheeda ..kalau nak tau..nilah jutawan fakir sebenar iaitu rakyat negara Zimbabwe.

Negara Zimbabwe adalah sebuah negara yang menghadapi krisis ekonomi yang kritikal  dan negara tersebut mengalami kadar hiperinflasi negara lebih dari 231.000.000% per tahun , Pihak kementrian kewangan terpaksa memberi subsidi kepada rakyatnya untuk membayar bil yang sederhana tanpa rakyatnya membawa lambakan duit ketika untuk membayar.Oleh yang demikian 80% dari penduduk menganggur dan 1/3 penduduk telah meninggalkan negara. 

Wednesday, July 7, 2010

Manuskrip Adoft Hitler Sewaktu di Penjara , Dilelong


FUERTH, Jerman - Nota sejarah dari penjara , Adoft Hitler yang dibuat pada tahun 1924 telah dilelong dengan harga 27, 000 euro (RM 108,930) di Jerman.

Bayern Munich Arkib Negara telah menyemak foto dokumen dan mengatakan mereka adalah asli, walaupun para ahli mengatakan keasliannya tidak dapat dijamin tanpa di tangan asli. Sumber mengatakan bahawa manuskrip ini ditemui oleh seorang lelaki Nuremberg , manuskrip ini dikatakan harta dari mendiang ayahnya, yang telah membeli  di pasaran Loak pada tahun 1970-an.

Thursday, July 1, 2010

Sanggup Berkampung Demi Selebriti Twilight Saga Eclipse

Bella dalam dilemma samada nak pilih Edward (pontianak) atau Jacob (serigala jadian)

Selepas dengan Twilight Saga : New Moon kini muncul pula Eclipse.Filem yang paling dinanti anak-anak gadis di luar sana.Kadang-kadang aku hairan..pempuan malaysia ni..dulu hindustan ..lepas tu korea ..sekarang ni orang putih plak diorang suka , senang cerita..yang hensome memang pilihan diorang kan kan?

Mel taknak review/sinopsis pasal cerita ni sebab ramai blogger di luar sana membuat info mengenai benda yang sama.Apa yang penting blog Mel ni suka kelainan..dan mencari info yang orang tak pernah tau..itulah Pawaka19.com dengan tagline "Ledakan Kegilaanmu".

Related Posts with Thumbnails