Saturday, December 25, 2010

Mel , Mane Kamu Menyepi?



25/12/2010 - Di hari Krismas yang ceria ini , Mel mengambil kesempatan berblogging di rumah sebab dapat cuti lama sikit.Sory pada rakan2 dan pengunjung sebab tak berkesempatan nak terjah2 blog korang , komen2 dan membaca entri2 terbaru you all.Bukan ape, Mel terpaksa melaksanakan tugas2 penting untuk melangsaikan kehidupan yang Tuhan beri ini.

Buat masa ini Mel bekerja di sektor swasta di industri Panasonic Liquid Crystal Display dalam bahagian Bonding di Shah Alam..Kerja memang seronok kadang2 kita kene terima kerenah orang atas dan masalah panel screen pecah ... hehe.Buat masa ni oklah sebab dapat hostel free ngan pengangkutan.Elaun makan pon ada dan makan kat kantin dia pon murah2.So boleh terimalah dengan keadaan kerja macam ni.



bila sudah transform / kenshin jadilah ninja shipuden

Lagi satu kerja ni kene pakai Jump suit / lebih di kenali suit ninja shipuden ;P .Bukan nak elak kene chemical atau elektrik tapi untuk mengelakkan panel screen kene habuk aje.

perkahwinan sepupu Hazim dan Azura 26 november 2010 yang lepas dengan baju pengantin Melaka style

Bila dah kerja ni banyak benda Mel lupakan.Mel tak dapat pergi kenduri kahwin sepupu  dan kawan baik sendiri.Blog pulak terbiar macam kucing liar aje.berkeliaran la orang nak singgah ke tak sebab lama tak upadate.insyallah kalau Mel da ada internet di hostel.Mel akan update selalu.

keychain yang mel rasa hasil seni dari tangan zafirah nabilah tertera nama blognya Apa Kata Hati

Baru2 ni Mel balik Mel dapat hadiah dari blogger Zafirah Nabilah sebab Mel diantara top 15 orang komentator di blognya.Tabik spring kat blogger macam Nabilah sebab dia memang menghargai pembaca dan komentator di blognya.Teringin nak wat macam nabilah.Insyallah tahun 2011 hope ada perubahan dalam sevice centre di blog Mel hehe..doa2kanlah yea.

Bila dah kerja juga Mel banyak ketinggalan informasi2 terkini macam kereta proton terbaru dan harga minyak naik lagi.Hush macam2..Mel macam biasalah, mestilah nak tahu dulu.Tapi takpelah ada juga berkesempatan dapat informasi dari rakan2 blogger dan sms abang Mel , Rjuna.

Last Mel harap you all nantikan update2 terkini entri2 terbaru Mel orait.Insyallah kalau ada internet di hostel ,sedap sikit nak update.Kalau kat cybercafe tak syok.Ada je application yang takde.Orait sempena cuti ni Mel ucapkan selamat tahun baru 2011 dan selamat melancong yea..Have a nice day ; )

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails