Alhamdulillah , akhirnya sudah setahun rasanya Pawaka19 Blog bersama anda dari awal pembabitan dalam dunia blogger sejak dari 16 November 2009 . Pada awalnya Mel tidak menjangka yang Mel boleh bertahan sehingga hari ini.Tanpa sambutan rakan2 blogger dan pembaca , siapalah saya dengan blognya ini.
Apa itu Pawaka19?
Ramai orang tertanya-tanya apakah maksud di sebalik Pawaka dan kenapa mengambil no.19 di hujungnya.Bagi Mel pada awalnya Mel rasa janggal sebab bunyinya ganas.Dalam bahasa melayu klasik maksud Pawaka itu adalah api.Ini bukan bermaksud blog Mel ini Jin atau Syaitan yea..? Maksud Mel , Setiap apa yang Mel menulis , Mel akan menulis bak sehangat api..itulah maksud di sebaliknya.
Diantara sebab lain , Mel lebih meminati lagu-lagu rock Metal macam Sil Khannaz yang pernah mengeluarkan tajuk album Bara Pawaka.So , Mel rasa nama itu unik , jadi Mel ambil nama dari situ.
Di sebalik no.19 pula kerana bila 1 + 9 = 10 = 1 + 0 = 1 , Mel bercita-cita besar ingin menambat para pembaca semoga blog yang Mel hasilkan menjadi no.1 yang sering dikunjungi . Diantara sebab lain no.19 ini dipakai oleh pemuzik band Dewa19.Sebab Mel meminati juga lagu-lagu dari band dari seberang sana juga.
Hidup Sebagai Seorang Blogger
Bukan mudah untuk menjadi seorang blogger , apa yang penting dalam diri anda bukan untuk mendapatkan sumber pendapatan dan kemegahan meraih populariti. Tetapi kepuasan anda ketika menulis.Para penulis akan merasa bangga bila setiap apa yang ditulisnya menjadi rujukan , menjadi perkongsian maklumat di facebook dan twitter dan juga setiap penulisannya menjadi orang rasa ingin membacanya.
Setiap minggu sekurang-kurangnya Mel akan menhasilkan 2 entri untuk tatapan pembaca , nak mencari sumber ni masalah jugakan ? itulah , kalau tak jumpa informasi yang pelik2 , Mel cuba mencari maklumat lain tetapi pelik juga.Pelik ni bukan sahaja pada gambar , tapi skoopnya amat luas dari segi maklumat dan sebagainya.
Setiap orang ada pahit manis dalam penulisan mereka , apa yang menimbulkan rasa segan Mel .Masa Mel menulis Pawaka19 blog di friendster.Masa tu Mel ada tersilap menulis mengenai maklumat alamat hostel mel ketika di Unikl , atas kesilapan itu , di dalam kelas ia menjadikan satu ejekan pada rakan2.So dengan segeralah Mel delete entri itu.Itulah manusia..pandai mencari kesalahan aje..
Apa yang manis pula , kadang2 ada rakan2 bertanyakan pendapat mengenai blogger dan berkongsi pendapat.Kadang2 Mel , dijadikan seorang guru dan tempat rujukan.Bagi Mel , tanyalah apa2 pon.Mel sudi berkongsi ilmu dengan rakan2.Tak menjadi masalah.
Harapan Mel tidaklah mengunung tinggi , cuma Mel impikan mel boleh muncul di dada akhbar macam Ariff Shah , Hanis Zalikha dan Redmummy sebagai selebriti dalam dunia blogger.Tak salahkan ada cita2 macam tu.Sebab setiap penulis inginkan penghargaan dan anugerah dalam kehidupan meraka.
Tapi apa yang penting bagi Mel kalau tak masuk di dada akhbar pon , sekurang-kurangnya setiap entri ada unsur tauladan dan mesej yang baik untuk pembaca dan rakan2.Apa2 pon terima kasih kerana sentiasa berkunjung di blog Mel dan sokongan yang baik dari rakan2 dan pembaca semua. Selepas ni Mel menjanjikan cerita2 menarik untuk korang semua , All the Best!





