Thursday, October 21, 2010

Si Penggila Dan Si buang Tebiat , Remi Gaillard


Prank atau lebih dikenali mengenakan orang untuk menghasilkan satu bahan lawak jenaka yang dimainkan oleh seseorang yang terpaksa menanggung malu dan penghinaan .Selain itu juga ia berdepan dengan tindak balas dan berjaga-jaga dari orang yang kene prank.Biasanya prank ni amat popular pada bulan april sebab pada bulan itu adalah sambutan hari april fool.

Orang yang popular melakukan ini lebih di kenali sebagai Remi Gaillard yang lahir pada 17 Februari 1975 di Montpelliar , Perancis.Beliau merupakan prankster dan pemain bola sepak palsu ,Perancis.Dia mendapat perhatian dari pihak media sejak dia menyamar sebagai pemain bola sepak Perancis pada tahun 2002 de coupe Perancis.Sejak dari itu , beliau popular dan muncul dalam kegiatan sukan , rancangan TV dan demonstrasi politik yang melanggar peraturan.

Salah seorang rakan baiknya Hennessy Harbitz adalah sebagai jurukameranya dan banyak membantu Remi menghasilkan video.Ketika wartawan mewawancara Remi , beliau bermula dengan prank sejak beliau di buang pekerjaan di sebuah kedai kasut.Oleh itu beliau mengguanakan masa yang terluang untuk bersuka-suka.Akhirnya video2 prank ni menjadi suatu pekerjaan bagi beliau.

Remi ini juga mempunyai kemahiran dan skill bola sepak yang pernah ditunjukkan pada video temanya yang pernah difilemkan.Tapi ramai orang kata dia tidak memanfaatkan bakatnya itu.

Moto dan Inspirasi Remi adalah "C'est en faisant n'importe quoi qu'on devient n'importe qui" (bahasa perancis ) iaitu dalam terjemahannya .....

"It's by doing whatever that you become whoever" .

Diantara yang menarik video Remi Gaillard






blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails