Kanada - Penuntut PhD dari University of Toronto Institute for Aerospace Studies (UTIAS), Todd Reichert akhirnya berjaya mencipta sebuah projek ornithopter iaitu sebuah kapal terbang yang boleh mengepakkan sayapnya seperti seekor burung tanpa mengunakan tenaga dari bahan api.
Ornithopter ini disokong sepenuhnya dari tenaga dari manusia.Manakala ia juga mengambil masa 19.3 saat untuk terbang di udara , dan merangkumi jarak 145 meter pada kelajuan rata-rata 25.6 km/j.Nama ornithopter itu diberi nama "Snowbird" yang beratnya hanya 94lb (42 kilogram) , mempunyai lebar sayap 105-kaki iaitu sama dengan sayap kapal terbang Boeing 737.
Ornithopter ini juga mengunakan cara paling efisien untuk menghasilkan tenanga dengan tubuh manusia iaitu dengan terbang mengepakkan sayap hasil dari mengayuh seperti basikal.
Sudah berabad para jurutera mencari ilham merekabentuk penemuan baru dari pereka Leonardo da Vinci yang pernah merekabentuk ornithopter sejak tahun 1485 akhirnya Todd Reichert melakar sejarah dan mendapat pengiktirafan dari Federation Internationale aéronautique (FAI) sebagai rekod dunia ornithopter pada bulan Oktober ini.
Di Sebalik Tabir Pembikinan
Hasilnya..
Impossible is Nothing


















