dari kiri abang saudara , adik ( haziq ) , Mel , Sepupu , dan along (rjuna.net)
Oh Hari lebaran kita akan menjadi lebih menarik dan meriah ketika di waktu kanak-kanak.Apa yang istimewanya kita hanya berasa seronok , gembira dan senang kerana kehidupan kita semua diuruskan mak ayah.
Semalam adalah sejarah , hari ini adalah adalah realiti dan hari esok adalah misteri .Dan pada hari ini Mel hanya menceritakan kenangan manis itu kerana yang lalu Mel tak mungkin dapat merasai zaman kanak-kanak itu lagi.
1. Setiap Hari Kita Berpuasa, akan diberi RM 1 untuk sehari
Semua kanak2 takkan terlepas bile mendengar tawaran ini dari mak ayah diorang.Bile dapat duit macam2 lah angan2 keluar nak beli tape game , nak beli mercun hehe tapi kebanyakkannya benda yang dibeli tak mendatangkan faedah belaka.
2.Mercun , meriam dan Thunderclap.
Kalau korang lahir sebelum tahun 1997 / 1998 maybe korang masih merasa bahang bermain mercun dan apa jenis mercun.Sebab masa itu , masih bebas untuk bermain mercun kerana masih ada sijil Halal ;) , Mel paling suka mercun katak..teringat makcik sampai melompat takut ..;p
gambar diatas mercun bola , lalat ,thunderclap dan papan.
kalau meriam pulak, mel suka main meriam yang diperbuat dari tin susu yang di buat kawan di kampung..mantop bunyi dia
3.Beraya Rumah Orang Ikut Sesedap Rasa.
Masa dulu Mel duduk di Blok Pangkalan TLDM so keselamatan Mel dan kawan2 masih terjamin.Masa itu kami akan merayau setiap rumah ke rumah orang mintak duit raya.Boleh dianggarkan pendapatan RM100 keatas.Dan kami disambut baik oleh warga2 tentera laut ini.
4.Balik Kampung Jumpa Sepupu Sepapat Atuk dan Nenek
Masa dulu cukup meriah...mana taknya saudara mara ada 10 orang di tambah dengan cucu cicit nya..memang meriah.Dan perjalanan dari Perak ke Johor tu menjadi lebih feel kitaorang nak raya dengan menyanyikan lagu Sudirman " balik kampung oooo balik kampung..."
5.Berendam Air Parit bersama sepupu.
Nilah aktiviti kami kalo malas nak mandi bilik air.Lagipun dulu2 kalau mandi parit, airnya masih belom keruh masa sekarang.Bila tengok air parit hitam tu teringat nostalgia lama.Sekarang parit tu da jadi umpama longkang dan airnya pun terlalu cetek.
6 .Baju raya yang pastinya sedondon
Biasanya masa zaman kanak2 nak menjelang raya.Mak selalu beli kain untuk di tempah nak wat baju raya...Kalau anda lihat , baju famili yang sedondon ..mencerminkan semangat kekeluargaan yang tinggi.7.Marhaban
Kalau korang asal dari Johor atau kampung kat Johor korang akan bertambah meriah dengan marhaban ( berasal daripada perkataan Arab seperti ‘ahlan wa sahlan’ iaitu ucapan selamat datang yang bermaksud mengalu-alukan kedatangan tetamu, telah menjadi satu amalan atau budaya terutama di bulan Syawal dengan bermarhaban dari rumah ke rumah. )
Biasanya ia dilakukan di hari raya ke -2 atau ke 3 dan setiap kedatangan kami dari rumah ke rumah kami di sajikan makanan enak2 belaka.Marhaban ini juga merupakan adat tradisional orang Johor menjelang raya.
Biasanya ia dilakukan di hari raya ke -2 atau ke 3 dan setiap kedatangan kami dari rumah ke rumah kami di sajikan makanan enak2 belaka.Marhaban ini juga merupakan adat tradisional orang Johor menjelang raya.
Amalan Marhaban yang masih diamalkan di kampung Mel , Kampung Parit Samad , Muar Johor.
Itulah serba sedikit keseronokkan beraya masa dahulu dan sekarang. Sekarang ini Mel da makin lama makin membesar.Da boleh jadi bapak orang da pon .. :p Mel harap keseronokkan dan kemeriahan itu satu hari nanti dapat dirasai sendiri keturunan anak cucu Mel pula.
Sekian ..Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin pada semua pembaca dan rakan2 blogger.
p/s : Agak sedih kerana tidak dapat beraya dengan saudara mara di Johor dan inilah pertama kali tidak beraya di Johor ;(





