Anda mesti frust bukan? mintak kerja di sektor kerajaan dengan menghantar resume cantik2 , kelulusan bagus2 , hantar by hand lagi , alih2 kerja tu dapat kat seorang yang desperate tak memikir orang lain dengan bantuan pak long ke mak ngah ke dengan istilah dipanggil 'pakai cable'
Come on lah , jadilah seorang yang berdaya saing.Jangan asyik dengan kroni2 satu keluarga mencanang 1 pejabat tu semua tapi hakikatnya kerja itu tak layak dan yang baru masuk , nak kene sekolahkan balik.Baik amik yang betol2 ada kelulusan tu kan lagi bagus.Sudah tentu dia ada pengalaman dan ilmu yang lebih bagus.
Secara jujurnya saya pon lebih suka juga kalau saya pon ada ' cable ' .Tapi BERLAKU ADILLAH dengan yang lain.Bagi lah diorang 'cable' jugak.Takkanla nak tunggu sedara mara kerja kat situ juga.Tak pon bagitau siap2..' Ini kerja sedara mara aku yang punya bukan ahmad albab yang punya ' ..takdelah kami terhegeh2 nak apply form keje yang ditawarkan.
Apa yang penting dalam pakai 'cable' ini seseorang tu mestilah layak dengan jawatan yang di tawarkan bukan dengan SPM matematik pon gred 9G Bahasa Inggeris pon 9G jugak.Lepas tu buat hal datang lambat ,ponteng dan punch card suruh orang punch kan.Memang haram 'J' lah rupa gitu.
Apa yang penting dalam pakai 'cable' ini seseorang tu mestilah layak dengan jawatan yang di tawarkan bukan dengan SPM matematik pon gred 9G Bahasa Inggeris pon 9G jugak.Lepas tu buat hal datang lambat ,ponteng dan punch card suruh orang punch kan.Memang haram 'J' lah rupa gitu.
Apa yang terjadi adalah realiti sekarang . Dan kalau boleh hentikan cara kotor ini untuk mendapatkan pekerjaan.Penat2 belajar mengidam kerja bagus di sektor kerajaan tapi hakikatnya pekerjaan itu pakai kelulusan 'Kroni'..fikir2kanlah masa depan sesebuah syarikat itu .Jangan sampai kualiti pekerja dan suatu sektor pekerjaan itu dipandang rendah.
p/s : korang yang takder kable jangan risau...Allah tu kable paling besar..berdoalah banyak minta dipermudahkan mendapat pekerjaan..good luck..



