Vanila biasanya di jadikan untuk membuat perisa makanan seperti kek , aiskrim ,minyak wangi dan minuman di hasilkan daripada orkid dan berasal dari Maxico dengan nama saintifiknya ' Vanilla Planifolia Andrew' yang wujud sejak 60 juta tahun dahulu.
Mengikut harga pasaran semasa sekarang harga untuk buah vanila adalah mencecah RM1500 sekilogram untuk buah kering. 1 pokok vanila menghasilkan minima 100g buah vanila basah. 10 kg buah vanila basah boleh menghasilkan 2kg vanilla kering.
Vanila biasanya ditanam menggunakan kaedah terbuka, netting dan ala fertigasi. Vanila akan mula berbunga lebih kurang 2 tahun dari masa mula tanam. Buahnya matang selepas berumur 8-9 bulan. Selepas itu pokok vanila akan berbuah sekali setiap tahun selama 15-20 tahun.
Kaedah / Cara Penanaman Pokok Vanilla
1. Pokok Vanilla agak sensitif kepada keperluan cahaya matahari. Ia memerlukan lebih kurang 30% cahaya matahari untuk hidup. Tidak boleh terlalu terbuka atau terlalu redup. Sesuai jika ditanam di dalam dusun yang terdapat pokok2 besar menghalang kebanyakan cahaya matahari.
2. Dari segi pembajaan , para pengusaha perlulah menggunakan haya baja organik sahaja boleh digunakan seperti tahi lembu, tahi kambing atau tahi kelawar. Elakkan guna tahi ayam kerana hama yang terdapat pada ayam tersebut.
3. Tempoh matang yang dinyatakan adalah selewat2nya 3 tahun. Pokok ini tiada jantan atau betina. Oleh yang demikian semua pokok berbuah (kalau kena cara jaganya) .
4. Jarak antara pokok adalah 1m x 1m dengan sistem pengaliran air yang baik supaya pokok tidak ditenggelami air. 1 ekar boleh la tanam lebih kurang 4000 pokok
contoh:-
1 ekar = 4000 pokok
10 pokok = menghasilkan dalam 1 kg (basah)
maka boleh dapat 4000 / 10 x 2= 800kg vanila basah
Dikeringkan menjadi 80kg (10kg basah dikeringkan menjadi 1 kg kering)
So pendapatan bersih RM1500/kg x 80kg = RM120,000 seekar semusim
1 ekar = 4000 pokok
10 pokok = menghasilkan dalam 1 kg (basah)
maka boleh dapat 4000 / 10 x 2= 800kg vanila basah
Dikeringkan menjadi 80kg (10kg basah dikeringkan menjadi 1 kg kering)
So pendapatan bersih RM1500/kg x 80kg = RM120,000 seekar semusim
buah vanila yang sudah kering
bunga pokok vanila
pokok Vanila adalah sejenis orkid tropika yang memanjat, dengan batang yang berisi, panjang dan berwarna hijau
Fakta Ringkas
1.Vanila adalah satu – satunya buah yang boleh dimakan dalam famili orkid, iaitu famili tumbuhan berbunga yang terbesar di dunia.
2. Ia adalah orkid jenis Tropical Orchidtropical dan terdapat lebih kurang 150 variasi, tetapi hanya dua jenis sahaja yang dikomersialkan iaitu vanila Bourbon dan Tahitian.
3.Vanila tumbuh di 20 darjah Carribbean, seluruh Equator dan ianya berasal dari Amerika. Vanilla planifolia (juga dikenali sebagai fragrans) tumbuh di Gulf Atlantik salah satu kawasan di Mexico, dari sekitar Tampico ke hujung utara Amerika Selatan dan dari Colima Mexico ke Ecuador di sebelah Pasifik. Ia juga tumbuh di Carribbean.
4.Orang – orang Totonaca dari pantai Gulf Mexico, dijangka orang pertama yang menanam vanila. Mereka melatih ramai orang untuk menanam vanila pada zaman MesoAmerika. Mereka menganggap vanila sebagai anugerah dari Tuhan
5.Vanila mula berpindah dari Mexico pada awal 1500 ke negara Sepanyol. Dipercayai Hernando Cortes hanya menggunakan vanila sebagai minyak wangi, sehingga tahun 1519 beliau mendapati ianya juga boleh dijadikan sebagai bahan perisa.
Lampiran
pengurus besar VBSB , maklumat lanjut atau ingin berhubung klik sini







