Thursday, August 12, 2010

Permainan Video Game Masa Hadapan , Simulator Formula 1


 Oh hari-hari kita layan game dengan vibrate di joystick game Playstation 2 tu rasa tak kepuasan bermain? katakan tidak yea.Sebab ada game yang akan seolah-olah anda mempunyai kereta ferari F1 dan bergerak mengikut pergerakkan kereta dengan membelok selekoh yang sebenar dan realistik .

Ciptaan unik ini hasilnya dari Robuffo Paolo Giordano dan rakan-rakannya dari Institut Max Planck dalam jurusan  Biologi Cybernetics, di Tübingen, Jerman,


Katanya "Itulah teknologi cybermotion iaitu simulator yang di khaskan untuk game berunsur perlumbaan kereta".

"Ia juga sebuah sistem simulasi pergerakan yang memahami bagaimana manusia mengawal pergerakan," katanya. "Dengan menjalankan eksperimen yang sesuai, kita boleh mendapatkan kemajuan yang lebih baik ke dalam proses kognitif otak manusia."

Kebanyakan gerak simulator biasanya menggunakan hexapods ditekan enam-paksi dan ia banyak menggunakan lengan robot yang mengikut kawalan seolah-olah anda berada di litar formula 1.

Aksi menarik menggunakan permainan ini


Video di atas menunjukkan keseronokkan menggunakan KUKA 500 menjadi kereta F1. Korang  boleh mendengar dengungan keras bunyi ekzos kereta dan ia menggunakan trek perlumbaan F1, Monza Itali yang terkenal.

Pasukan ini juga mengatakan tidak mustahil mereka boleh menciptakan teknologi Simulator Cybermotion ini untuk seumpama pesawat, helikopter, kapal, dan kenderaan lain. 

p/s : Gilela , kalau kempunan nak berlumba kat Litar F1 Sepang tu bolehla beli sebijik.Tapi Mel tengok gayanya macam lagi mahal dari kereta F1 mende alah ni , mungkin sesuai untuk di jadikan permainan game arked je kot ,masukkan dua keping token ,bergerakla dia..;p
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails