Salam pada semua readers-readers Pawaka19. Harap korang tak jemu-jemu bertandang melepak membaca informasi yang disajikan untuk semua pembaca...saji? paiseh macam blog masakan pulak.
Kali ini Mel bercerita pula mengenai teknologi kereta yang terbaru.Anda mungkin faham apa itu 'night vision' ..yang biasa digunakan teknologi ketenteraan untuk melihat pada waktu malam dan kawasan yang gelap.Kali ini teknologi ini diserap kepada pengangkutan awam pula.pssst..sape2 yang gemar main game Splinter Cell mungkin korang lebih faham apa itu night vision.
Melalut ke game plak hehe..kali ni Mel nak review dari kereta BMW pasal night vision ni..sebab Mel cari-cari maklumat dan gambar,ini saje yang ada.Sebenarnya kereta lain ada jugak pakai teknologi ini seperti Lexus , Mercedes , Toyota , Audi , Cardillac dan Honda.
Mel harap teknologi ini dipakai oleh kereta buatan kita sendiri supaya boleh mengurangkan kemalangan .Lagi-Lagi nak Bulan Puasa dah ni , biasa orang balik raya waktu malam , nak elak dari kesesakan.
Sistem night vision ini diperkenalkan kepada kereta BMW 7 series pada tahun 2008.Sistem night vision ini diproses melalui radiasi infra-merah yang dapat megesan objek sejauh 300 meter dihadapan.
night vision detector diletakkan pada bahagian bumper kereta
dalam keadaan gelap objek dihadapan boleh dikenal pasti
walaupun lampu hanya dapat lihat jarak tertentu sahaja..night vision ini boleh melihat objek 300 meter kehadapan
Oleh yang demikian anda tak perlu memasang lampu high beam menggangu penglihatan pemandu lain
selain itu night vision ini boleh fokus mengikut kehendak kita.
Harap kereta Malaysia mampu bersaing dengan kereta buatan negara lain walaupun kereta kita di sampah-sampahkan oleh host rancangan TV , Top Gear..try layan video ni..pasti akan rasa malu
dan ini juga..sampai dihentak dengan hammer dan diletupkan kereta kelisa ini..apalah salah kereta tu..
Mel berpendapat mereka ini memang anti dengan barangan buatan NEGARA ISLAM.Sebab sebelum ini negara Iran pernah mengeluarkan kapal selam..habis mereka mengutuk habis-habisan yang kapal selam itu tak elok di pakai.Barangan kita bagus sebenarnya , just kita sendiri lihat..adakah dengan cara ini kita menilai..ataupun kita sendiri yang mahu menilai.
renung-renungkanlah, bagi pendapat Mel ,takkanlah negara kita buat budget kereta yang mahal..sedangkan negara kita bukanya kaya-raya.










