Salam semua..terus terang Mel meminati game berunsur fighting.Biasanya mel akan melayan game seperti King of Fighter dari perbagai versi , Street Fighter dari versi konsole klasik game (nintendo) hingga yang terbaru , Mortal combat dan banyak jugak koleksi game ni.Tidak lupa juga Mel juga layanz game Tekken ni.Memang layan skill dia.
Biasa Mel suka karekter Hworang dengan kungfu kaki dan Eddy Gordo dengan pencak capoeira dia..Kalau amik Jin Kazama ni tak berapa pandai dengan skill dia.Sebab Jin ni banyak main tangan..dan skill dia sama sikit dengan datuk dia Heihachi Mishima.
O.Klah kali ni Tekken sudah di 'moviekan' dan bukan lagi kita duk layan game :D .Pengarah dia dari pengarah asal anacondas tu..kiranya dia pakarlah dalam aksi ngeri ni.Ape-apepun bak kata orang kita tengok dulu nanti..entah best ke tidak.Karang kalau Mel kata best, tak best lak nanti bagi korang.Kata orang rambut sama hitam , hati warna kuning kan :p
Review Pelakon Utama
Review pula pelakon utama Tekken ini yang dikenali John Foo (Jonathan Patrick Foo) beliau merupakan seorang pelakon , seorang model dan pengamal wushu China.Beliau dilahirkan di Ireland dan dibesarkan di London .Dia pernah membintangi filem seperti
- Street Fighter: Legacy (2010) -memegang watak Ryu
- Tekken (2010) - watak Jin Kazama
- Universal Soldier: Regeneration (2010) - UniSol 2
- Tom-Yum-Goong (2005) - Wushu Fighter (Jonathan Patrick Foo)
- Batman Begins (2005) - watak sebagai League of Shadows Warrior
- House of Fury (2005) - watak Sam Shan
- The Myth (2005) - extra/stunt performer
- Left for Dead (2004) - Street Fighter #3
- Shi cha qi xiao shi (2004) - watak Brian
- Jagoan Bouginville (2009) - watak Yosia si reman marsud
Jika korang berminat dan ingin mengambil tahu perkembangan pelakon ini bolehlah lawati official website John Foo ini
Sinopsis Tekken : Survival is no game 2010
Perang Dunia pada 2039 telah banyak memusnahkan tamadun tamadun manusia, dan hanya tinggal wilayah yang kuat iaitu diterajui oleh Mishima Zaibatsu iaitu datuk kepada jin kazama supaya rakyat jelata sentisa tunduk dan patuh. Mishima Zaibatsu juga menaja satu perlawanan "King of Iron Fist Tournament" atau Tekken. Dalam perlawanan tu, semua pejuang pejuang akan bertarung dan hanya yang gagah saja akan dinobatkan sbg King Of Iron Fist. Seorang remaja yang bernama Jin Kazama telah mengtehui pasal pertandingan Tekken tu, dan di dalam Tekken tu terdapat Ogre (raksasa Hijau) yang membunuh ibunya. Oleh itu matlamat Jin pun ingin membalas dendam dengan memasuki perlawanan Tekken. Jin mencari datuknya kerana hanya datuknya sahaja yang tahu cara-cara menewaskan musuh musuhnya itu.
Di bintangi oleh:
Jon Foo, Luke Goss, Cary-Hiroyuki Tagawa, Chiaki Kuriyama, Darrin Dewitt Henson, Gary Daniels, Kelly Overton, Cung Le, Ian Anthony Dale, Lateef Crowder, Mircea Monroe, Tamlyn Tomita, Candice Hillebrand
Pengarah :
Dwight Little (pernah mengarahkan filem Anacondas: The Hunt for the Blood Orchid)
Tarikh Tayangan:

























