Friday, June 4, 2010

Tidur di Tandas Dengan Ayah

Salam buat semua..Sedar tak sedar kita dah dekat nak hari bapa kan ? Hoho sebenarnya lambat lagi saje review hari bapa dulu.Buat pengetahuan am ..hari bapa ni di sambut tak sama dengan negara-negara yang lain.Walaubagaimanapun korang stanby jea kat kalender korang, pangkah besar-besar o.k?

Jadual Sambutan Hari Bapa Mengikut Negara

20 June 2010- bersamaan Ahad ketiga dalam bulan June , bagi negara-negara berikut: Malaysia, Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Argentina, Bahamas, Bangladesh, Belanda, Bulgaria, Chile, China, Colombia, Costa Rica, Cuba, Cyprus, Filipina, Greece, Guyana, Hong Kong, India, Ireland, Jamaica, Jepun, Kanada, Malta, Mauritius, Mexico, Pakistan, Panama, Paraguay, Perancis, Peru, Puerto Rico, Singapura, Slovakia, Sri Lanka, Switzerland, Trinidad dan Tobago, Turki, United Kingdom, Venezuela, Zimbabwe.

5 Disember 2010 - tarikh yang tetap.. bagi Thailand

5 September 2010 – Ahad pertama dalam bulan September bagi negara Australia dan New Zealand

18 Julai 2010 – Ahad ketiga bulan Julai bagi negara Uruguay

19 Mac 2010 – tarikh yang tetap bagi negara Bolivia, Honduras, Itali, Liechtenstein, Portugal, Sepanyol


O.klah Kali ni Mel nak citer pasal satu movie ni yang pernah Mel tonton dengan meminjam Abang Juju punya..sebab masa tu dia kaki download movie , so pinjam aje dia punya CD.Bile kita tengok cover CD kat atas tu mesti korang berkata dalam hati.."Hek eleh citer pekebenda la ni".Sebenarnya movie ni bukan movie terbaru dia da tayang kat pawagam sejak 2006.

Tapi bile dah tonton citer ni..terasa WOW!..memang terusik hati yang bertaman ni..tangkap leleh bile korang menghayati citer ni..memang da best lebih-lebih lagi korang sudah menjadi bapa / ayah.

Sinopsis Ringkas The Pursuit of Happyness


Citer ini mengisahkan seorang bapa iaitu Chris Gardner (Will Smith) seorang Salesman alat kedoktoran iaitu X-ray portable.Beliau sering bergaduh ngan bini dia dan bini dia membuat haluan sendiri dengan meninggalkan anak ngan Chris kerana masalah kewangan.

Kemudian Chris mencuba  nasib mengikuti program latihan untuk menjadi stockbroker,Chris menjalani program latihan tersebut dengan amat tekun dan bersungguh-sungguh. Disamping menjalani latihan tersebut, dia harus menjual baki alat X-ray nya itu.Di.saat ujian akhir dari program latihan yang dijalani. Chris menjadi orang nombor dua tercepat dalam mengumpulkan kertas ujiannya.Akhirnya Chris mendirikan perusahaan dengan modal sendiri, yang bernama ‘Gardner Rich'

Maklumat lanjut Klik Sini  

Sedutan Tangkap Leleh ( Mesti Tonton )

Sedutan ni pasal Chris dia da jadi penyangak..duit pun tarak.Dia mintak hutang kat kawan-kawan dia pun diorang tak bayar.Alamatnya dia tidur dalam tandas awam dua beranak..




O.klah selamat Hari Bapa kepada kawan-kawan bergelar bapa..Kasih bapa seperti perasaan misteri yang selalu kita tidak tahu tapi disebaliknya...disebalik keegoan seorang bapa yang nyata kasih sayangnya tak berbelah bagi...Sayangilah bapa anda..

p/s : kalau nak tau ayah mel birthday dia 19 june ni..so sambut la sekali ngan hari bapa.
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails