Wednesday, June 16, 2010

Mak aii ! Seorang Lelaki Berkahwin Dengan Anjing

Di Tamil Nadu , India - Seorang Petani yang bernama Selvakumar mengambil keputusan untuk berkahwin dengan seekor anjing betina yang bernama Selvi.Selvakumar berkahwin kerana ingin menamatkan badi penderitaan yang ditanggungnya.

Selvakumar dikatakan telah disumpah oleh roh anjing yang pernah dibunuhnya 15 tahun yang lalu.Mengikut kisahnya Selvakumar telah merejam dua ekor anjing sehingga mati yang diikat pada sebatang pokok.


Selepas membunuh dua anjing itu Selvakumar secara tiba-tiba mendapat kecelakaan iaitu kaki dan tangannya lumpuh,sebelah telinganya pekak dan percakapanya menjadi gagap.Apabila Selvakumar menjumpai doktor pakar dan rawatan yang diterimanya tidak memberi kesan apa-apa.

Akhirnya dia berjumpa dengan ahli Ostrologi bagi menilik nasib malangnya itu dan ahli Ostrologi itu membuat kesimpulan bahawa Selvakumar terkena sumpahan anjing itu.Dan untuk menamatkan sumpahan anjing itu,Selvakumar perlu berkahwin dengan seekor anjing betina.

 " The greatnest of a nation and its moral progress can be judged by the way its animals are treated "
- Mahatma Gandhi

p/s : jangan ada komen berunsur rasisme , komen berunsur rasisme akan di padam.Kitakan 1 Malaysia.Jangan menyeksa haiwan..inilah padah kalau menyeksa makhluk Allah ni.

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails