Monday, May 24, 2010

Pemulihan Dara , Apabila Sudah Ditebuk 'Tupai' ?

 sekadar gambar hiasan

Salam semua , arini nak cite pasal dara plak..opss! adakah ini blog lucah?..bukan3..ini blog ilmiah sambil2 kita berfikir.Semua orang tahu dara ni kalau da rabak tiada ubatnya.Tapi sekarang ada pula bomoh2 yang mampu menjadikan wanita yang dah ditebuk ini menjadi perawan semula.

Kata kawan2 wanita mel berkata dara ini boleh hilang kalau kita melakukan aktiviti lasak..hem ini mel leh percaya.Macamana pulak nak mengesyaki mereka yang terlanjur? hemm takkan wat aktiviti lasak jugak..? main lompat jauh kot

Dengan bayaran sekitar RM150 hingga RM900 seorang bergantung kepada teknik rawatan, kesucian dan permata yang hilang dek ketelanjuran bersama teman lelaki pada masa lampau didakwa mampu dikembalikan...Tak sangka..dara boleh dibeli dengan wang sudah.


"Ramai datang mahu tutup lubang kerana takut bakal suami tahu. Ada juga yang datang bersama ibu bapa tapi kebiasaannya datang dengan kawan-kawan yang pernah dapat rawatan di sini," kata Abu (bukan nama sebenar), bomoh pulih dara yang terkenal di sebuah pekan di pinggir Kuala Lumpur.

Berbanding 10 tahun lalu, khidmat memulihkan dara kini semakin 'dicari-cari' namun dia menyangkal dakwaan kononnya penglibatan bomoh sepertinya tidak ubah seperti bersubahat menipu bakal suami dan menggalakkan lagi perbuatan berkesedudukan sebelum berkahwin.

"Katalah apa sekalipun tapi yang pasti apa yang saya lakukan ini hanya membantu menjaga maruah wanita berkenaan," katanya bersungguh-sungguh.
Perihal pulih dara di kalangan pelajar-pelajar IPT hakikatnya bukan lagi rahsia.


Mari kita dengar Pangakuan yang berubat dengan bomoh2 ni

sekadar gambar hiasan - dukun petai

pengakuan 1

"SUAMI tidak tahu saya sebenarnya bukan lagi anak dara ketika malam pertama hinggalah ke hari ini selepas dua tahun dirawat oleh bomoh X."
Demikian pengakuan Mala (bukan nama sebenar), bekas penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang pernah mendapatkan khidmat seorang kakitangan kolej kediamannya sebagai perantara kepada bomoh bagi tujuan memulihkan dara.
Berdasarkan pengalamannya pada malam pertama perkahwinan, suami yang ketika itu berusia 10 tahun lebih tua daripadanya dan berstatus duda anak dua langsung tidak menyedari 'kekurangannya'.
"Memang saya bimbang kerana mungkin 'kantoi' dengan suami tetapi lain pula jadinya. Dia memuji yang kononnya alat sulit saya terlalu ketat tidak ubah seperti anak dara sunti," katanya kepada wartawan KOSMO! Ahad.

Kesal dek keterlanjuran dengan rakan sekuliah sejak tahun dua di sebuah IPTA di ibu negara menyebabkannya menebalkan muka menagih rawatan sebelum tamat pengajian dua tahun lalu.
"Pada mulanya malu juga, tetapi orang tengah malah bomoh sendiri kata ramai 'pesakit' seperti saya. Apa yang mengejutkan beberapa nama rakan sekampus yang saya kenal disebut pernah dapatkan rawatan sama," katanya.
Dengan bayaran melebihi RM700, dia 'dirawat' bomoh berkenaan secara mengurut, jampi serapah serta mandi bunga.
Mala berkata, perbuatan memulih dara kini semakin popular di kalangan wanita yang belum berumah tangga termasuk pelajar.
Dia yang kini bahagia bersama suami dan seorang anak menganggap apa yang dilaluinya sebagai pengajaran yang menginsafkan!
"Sampai mati saya tidak akan dedahkan hal ini kepada suami tetapi rasa bersalah tetap terbuku di hati," katanya.

pengakuan 2

SEJAK berusia 20 tahun, Alisa sudah rosak. Kerana terlalu takut rahsianya diketahui keluarga dan bakal suami, dia membuat keputusan melakukan rawatan memulih dara dengan seorang bomoh 'terkenal' di pinggir Kuala Lumpur.

"Orang tua kata, kalau perempuan sudah ditebuk tupai, jalannya kengkang dan punggung akan jatuh, jadi saya buatlah 'benda' tu.

"Bakal suami memang tak tahu yang saya nak buat rawatan," akui eksekutif perhubungan awam yang mendakwa sudah dua kali menjalani rawatan memulihkan dara.

Apa pun, pengalaman yang diceritakan kepada wartawan KOSMO! Ahad begitu mengaibkan kerana bomoh itu bukan sahaja lelaki, malah dia 'terpaksa' mengangkangkan kemaluannya supaya asap kemenyan disertakan jampi mudah merebak ke arah kemaluannya.

"Tiada pilihan dan terpaksa walaupun saya tahu ia begitu memalukan," katanya.

Tambahnya, bomoh lelaki yang dikenali sebagai Abang XXX itu akan memulakan proses urutan bermula di pinggang hingga ke menyentuh kemaluannya terus ke paha.

"Ketika itu saya berseorangan, namun saya kuatkan semangat kerana inilah satu-satunya harapan untuk kembali bergelar anak dara," ujarnya.

 p/s : Pada bomoh2 sekalian harap korang tidak memberi pertolongan kepada wanita2 ini sebab korang tu lelaki , so sama2 la menjaga hak kita sebagai lelaki.Dan wanita disana , apabila sudah terlanjur , jawab jujur dengan suami jangan sampai dia tahu kemudian hari dan dia rasa tertipu.Dan jagalah maruah kamu sebagai wanita..nescaya tiada kesulitan yang ingin dipertikaikan.
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails