Saturday, April 3, 2010

Seni Manukul Menggunakan Penukul dan Paku

Biasanye kita akan melihat lukisan hanye mengunakan pensel dan kertas....

kali aku nak tunjuk seni dan bakat luar biasa menggunakan penukul dan paku untuk menjadi imej yang menarik..

Bakat luar biasa ini bernama Marcus Levine yang memaku imej lelaki itu menukul menggunakan paku dengan jumlah 26,600 biji paku dan dijual dengan harga 26,500 pounds bersamaan RM 131,468.99 duit kita. di galeri 7, Hammered Exhibition ,London






dengan memaku jarak dan tinggi paku,ia dapat membentuk tone yang sesuai

close-up daripada beberapa paku adalah salah satu karyanya

teknik seni membentuk bibir ini memerlukan 3,500 biji paku dan di jual 3,500 pounds bersamaan
RM 17,363.83..sanggup tak korang beli?

imej lelaki ini pula menggunakan 15,100 biji paku dan di jual dengan harga 15,000 pounds bersamaan
RM 74,416.41..pergh boleh beli rumah dah..


Marcus Levine dengan gaya tersendiri

Marcus Levine tekun melakukan kerjanya..


Pergunakan bakat kita sebaiknya....gunakan di jalan yang diberkati ALLAH...dan jangan sesekali disalahgunakan. sesungguhnya bakat adalah satu nikmat yang dianugerahkan ALLAH kepada kita...kadang-kadang kita merungut dan berasa tidak puas hati tatkala melihat orang lain berjaya dan cemerlang dalam pelajaran, tetapi kita tidak sedar akan nikmat (bakat) lain yang dianugerahkan ALLAH kepada kita... justeru, bersyukur dan pergunakanlah bakat kita dengan cara dan tempat yang betul kerana itu satu cara tanda kita mensyukuri apa yang ALLAH anugerahkan kepada kita


firman ALLAH yang bermaksud...
"Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari nikmat Allah."surah al-A'raf, ayat 181 


p/s : bakat anda berblogging?..teruskan perjuangan..anda. hehehe
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails