Friday, February 26, 2010

Kenangan Komik-komik popular masa itu



Assalamualaikum dan selamat menyambut hari kelahiran Nabi Maulidul Rasul dari Mel selaku pengelola blog pawaka19.Kali ni mel ingin berkongsi kenangan dulu..popular dengan bacaan komik2.Komik2 tu popular bermula dengan komik Dragon Ball ..dan seterusnya komik2 seteru dengannya masih popular dengan adanya komik bacaan online.

Begitu hebatnye komik2 dan wataknya mempengaruhi kita.Sehinggakan kita masih meniru trademark dari komik tersebut macam "kame hame ha"  , " Tinju pendekar laut  15 petala langit" ,"kage bunshin no jutsu" , lagu Doraemon dan "action Beam" dari Shin Chan dan macam2 lagi.

Siapa kata orang dewasa tak layan komik?,kalau korang perasan,komik2 hong kong masih ada peminatnya tersendiri dan begitu juga komik dari Jepun.

Disini Mel ingin membariskan komik2 yang menghantui kita ketika zaman kita adik2 lagi




1) Dragon Ball / Mutiara Naga


 Inilah koleksi komik Dragon Ball (DB) Mel pada masa dulu..memang cukup popular.Kalau keluar je satu keluaran baru.Cepat2 menyerbu kedai komik terdekat.Boleh dikatakan terlaris macam goreng pisang panas gitu.

Pada masa itu DB masih belum muncul dikaca TV,bila da muncul.Komik2 ni budak2 da tak layan pulak.Tapi yang da baca komik ni boleh belagak la macam Tok Nujum Poyo sebab korang da tahu hujung pangkal jalan cerita ni..Cuba korang perasan gambar diatas..menarikkan kalau DB ni disusun..gambarnya jugak disusun macam puzzle..




2) Slam Dunk


 Seterusnya Slum Dunk (SD) , jalan cerita macam zero to hero.Dari tiada penglaman menjadi seorang basketball genius dalam pasukan dia.Itulah Sakuragi Hanamichi.Memang aku suka watak dia yang gila2.Sampai coach dia pun dia leh belai2 macam kucing.pastu selamba kodok je dia cucuk punggung coach lain sebab tak puas hati.lawak gile..

Aku suka watak Sakuragi ni..dia tak pernah menyerah kalah.Walaupon dia dah kalah, Dia seolah2 macam hilang akal..macam tak boleh terima kenyataan dia kalah dan menatap hiba..sampaikan masa da kalah semasa pertandingan tu dia cakap "PASS! PASS! PASS THE BALL!"..dan kemudian dia menghentak kepala dia ke lantai sebab kekalahan itu..itulah Sakuragi inspirasi kegilaan aku hahaha...dan sehingga kini SD masih ditayang Astro Animax channel 715 pukul 5.30p.m - 6.00 p.m setiap hari isnin sehingga jumaat.jangan lupa menonton yap.


3) Pendekar Laut


 Inilah diantara komik Hong kong yang popular masa itu, Pendekar Laut (PL) .PL ini tak derla aku layan sangat,aku post pon sebab masa itu komik ni diantara yang terlaris juga jualan dia.Komik PL ni dari karya Wan Yat Leung dan Tang Chi Fai.PL ini masih tetap dikekalkan sehingga ke PL musim ke 3 untuk maintain popular majalah ni.Dulu memang murah..senaskah RM2 ringgit je..sekarang.. RM4.50 peghhh!!  ..pikir2..korang nak beli nasik ke komik?


4) Doraemon

Karya Fojio F.Fojiko ni tak payahla di perkenalkan lagi..sudah tentunya popular sekarang ni.Kalau korang dengar lagu tema dia pon da tau.Kartun ni wujud sejak aku lahir lagi iaitu 1987.Dulu dia selalu tayang time maghrib pukul 7 malam kat TV1.So aku tak pernah miss tengok katun ni..Kalau baca / beli komik dia memang tak boring.


5) Crayon Shin Chan

Haish ni komik jenis family yang best juga..layan jugak komik ni.kelakar, teringat masa kecik aku ngan adik aku baca buku free kat kedai mapley...sampai adik aku kene marah "Dey Kici!! mau baca ka mau beli!"  pastu kiteorang pon blah dari kedai tu hahaha..ape yang best Crayon Shin Chan ni gaya Shin Chan yang gila2.

Walaupon keluarga ngan sekolah porak peranda sebab dia.Dia boleh selamba jea..Gaya2 yang mesti korang ingat mestilah "action kamen" , "action Beam" , "biskut chochobi ', dannnnnnn  "gajah ,gajah .....gajah" haa korang ingat ape tu...?? ;p  hahahahaha!!


Haish bayak lagi aku nak citer..nanti bosan lak dengar aku membebel..papepon  thanks membaca atikel aku yang tak seberapa ni.Cuma aku nak mengingatkan kepada masyarakat..."Amalan Membaca Budaya Kita"..
Thats All!..kalau korang ada kenangan...meh kongsi ngan aku..
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails