Westcoast Chill adalah produk pertama yang menggunakan Chill Can Technology yang di bangunkan oleh Joseph Company International Inc.Syarikat ini telah memenangi anugerah eco-friendly micro-cool technology yang menggunakan CO2 dari atmosfera dan diaktifkan sumber carbon vegetable source yang diperbaharui .Butang pengaktifan diletakkan dibawah tin , dengan beberapa minit sahaja.Air tin tersebut akan sejuk tanpa menggunakan tenaga luar seperti peti ais dan ais.
Tuesday, June 4, 2013
Chill Can Minuman Tin 1st Magik Sejuk Sendiri
Westcoast Chill adalah produk pertama yang menggunakan Chill Can Technology yang di bangunkan oleh Joseph Company International Inc.Syarikat ini telah memenangi anugerah eco-friendly micro-cool technology yang menggunakan CO2 dari atmosfera dan diaktifkan sumber carbon vegetable source yang diperbaharui .Butang pengaktifan diletakkan dibawah tin , dengan beberapa minit sahaja.Air tin tersebut akan sejuk tanpa menggunakan tenaga luar seperti peti ais dan ais.
Monday, May 28, 2012
Batu Penghalang Seorang Blogger
Salam semua , lama xberceloteh di sini.Saya amat merindui untuk menulis.Idea memang nak mencoreng cerita kat blog ini tapi saya amat menunggu mood saya sendiri datang untuk menulis.Tapi akhirnya terbuka juga hati saya menulis apabila saya ada terbaca blog seorang rakan blogger.sape blogger tu?..adalah...
Terus terang bila nak tulis pon saya juga menunggu rakan lama saya update seperti Annfriendly.Ape cerita entah rakan blogger saya tu.Harap sihat saja.Bulan 4 yang lepas ada saya renew blog ini.Tak sanggup saya biarkan blog ini di ganggu admin dari Baitulbytes sebab tidak membayar cukai pintu tahunan kat depa..hehe.Jangan berkira sangat.Setiap tahun mesti dapat duit Nuffnang.So pakai jela duit tu.
Nak kata blog ni perfect,xdela.Tapi ubah suaiannya memenuhi cita rasa saya.Kalau diikutkan saya bukan belajar tinggi mana.Semuanya belajar sendiri kerana minat.Banyak saya bertanyakan dari orang.Sampaila giliran saya menjadi cikgu pula mengajar rakan2 saya.Tak sanggup saya kehilangan blog dan entrinya sebab saya rasa ada nilai sentimental bagi saya .
Labels:
Imam Al- Ghazali,
kata mutiara
Friday, August 26, 2011
Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Pawaka19
mendapat kad raya dari rakan2 sekerja
Salam Aidilfitri dan salam 1 Malaysia Merdeka.Hanya tinggal beberapa hari sahaja kita akan menjalani ibadah puasa.Bagaimana persiapan raya? kalau persiapan bagi Mel.Mel hanya menyambut ala kadar sahaja kerana pelbagai faktor.Mungkin korang akan lebih faham bile sudah menjadi anak bujang yang tiada mengharapkan saraan ibubapa lagi.
Hidup ini pasti berubah.Kalau dulu saya belajar enjoy dan boros sakan.Sekarang Mel perlu bekerja dan membayar kembali duit pinjaman.Itu adalah satu tanggungjawab bila kita sudah menjadi pemiutang.Hidup Mel juga bertambah sukar kerana masih mencari dan terkapai2 mencari pekerjaan tetap.Mungkin masih belom rezeki Mel.
Friday, August 12, 2011
Jom Main Premier League Fantasy Football 2011/12 Facebook
Amacam cuti ? Cuti sudah habis bro..( skrip dari movie KL Gangster )
yang memgambarkan musim EPL sudah bermula Pada 13 Ogos 2011 ini dari berehat .Bermulalah era
baru yang akan memonopoli juara baru EPL.Siapakah mastermind nya? Alex
Ferguson ? Kenny Dalglish ? Datuk K. Rajagopal? tidak..tidak
tidak..Koranglah yang menentukannya.
Game ni sangat
simple.mudah dan seronok untuk dimainkan.Just pilih player dan just
tunggu result score..dan check anda ranking yang keberapa.Game ni
sepatutnya ada 2 , samada anda ingin bermain di application facebook
mahupon Fantasy dia official website www.premierleague.com/ .Bagi Mel lagi syok main kat facebook.banyak member nak main dan senang ajak member nak main.
Labels:
Fantasy Football Facebook,
Liga Super Bola2 Api,
Premier League Fantasy Football 2011/12,
Tips main Premier League Fantasy Football
Saturday, June 4, 2011
Wanita Pemakan Sofa
Florida , US - " Makanan pelik-pelik , taik minyak taik itik , puteri mandi badak berendam , mata kucing mangga siam " , rangkap sebuah lagu lucu dari Jalil Hamid untuk Adele Edward berusia 31 tahun yang mengalami tabiat ketagihan memakan span sofa sejak dia berumur 11 tahun.
Menurut kata doktor penyakit ini lebih dikenali sebagai Pica iaitu tabiat mengenai nafsu makan memakan makanan yang tiada gizi nutrien khasiatnya contohnya memakan pasir , kaca , besi , dan span sofa ini.Nama Pica ini diambil dari negara Latin untuk seekor burung Murai yang dikatakan memakan apa sahaja yang ia nampak.Hehehe burung apa nak ? burung Murai ..Burung apa? buring Murai...ahh sudah-sudahlah tu.. ;p
Labels:
Gambar Pelik,
makan span sofa,
makanan pelik,
Pica,
rare disorder,
stress,
tabiat pelik
Monday, May 30, 2011
Cikgu Shida Akhirnya Mendapat Tawaran Berlakon Telemovie
Siapa sangka orang yang Mel kritik di blog selama ini menjadi seorang pelakon telemovie.Apakah yang ada dalam diri beliau? Mel tertanya-tanya dalam diri sendiri.Sampai ke tahap ini dia masih mampu menahan kritikan.Itulah kekuatan dalam diri beliau , "Tidak kisah apa sahaja orang cakap" dan membuatkan dia bertahan sehingga berjaya di lamar produksi telemovie.
Mel memang da tak ambil peduli komen2 pedas yang dilontarkan dalam entri blog Mel yang lepas iaitu "Nasihat Saya Kepada Cikgu Shida" .Ada yang menyokong dan ada pula yang menkritik.Mungkin dalam fikiran / otak Mel perlu dicuci dan di bersihkan mengatakan dia hebat kerana dia anak kelahiran tempat Mel sendiri di Perak atau kita sama bangsa.Tetapi sejujurnnya bila lihat aksi2 video beliau , sedikit pon tidak rasa terhibur mahupon tersenyum walau sedikit pon.
Sunday, May 8, 2011
Minum Air Kencing Sebagai Alternatif Perubatan?
Salam semua reader2 yang dirindui dan sering menanti entri2 Mel yang pelik dan penuh informasi.Buat masa sekarang ni Mel takla beberapa buzy.tapi Mel teringin sangat nak kongsi readers2 ngan sesuatu penemuan pelik berkaitan ngan bahan kumuhan manusia sendiri urin ataupon air kencing.
Urin atau cecair kotor yang disingkirkan oleh buah pinggang melalui proses penapisan dari darah atau cecair badan menjadi air kencing , seterusnya dikeluarkan melalui uretra ( salur kencing ).
Selain dari itu juga urin ini saja bukan sekadar bahan kumuhan semata-mata tetapi turut mengandungi khasiat tersembunyi seperti mineral , vitamin ,enzim , hormon ,ammonia , antibodi ,antigen , alergen , garam dan neurien lain.
Labels:
aternatif perubatan air kencing,
majalah infiniti Mei 2011,
minum air kencing,
terapi urin,
urine therapy









